1) Fahrorazi Sohoi di mahkamah bagi sebutan keempat kes pakej HAJI VIP 30 Okt. Siasatan kes Fahrorazi Sohoi belum lagi selesai; pendakwa raya minta lebih banyak masa
SINGAPURA: Siasatan membabitkan pendakwah setempat, Fahrorazi Sohoi dalam kes penipuan berhubung skim ‘Haji VIP’ belum lagi selesai.
Lantaran itu, pihak pendakwa raya meminta Hakim Daerah Christopher Goh supaya melanjutkan tempoh untuk meneruskan siasatan.
Hakim Goh kemudian bersetuju menangguhkan sebutan kes Fahrorazi ke hujung bulan November.
Siasatan ke atas kes Fahrorazi dijalankan sejak dua setengah bulan lalu (15 Ogos).
Hari ini (30 Okt), Fahrorazi yang juga dikenali sebagai Ustaz Fahrur Razi Kiayi Kassim, hadir di mahkamah bersama peguamnya Mohamed Niroze Idroos bagi sebutan keempat kes tersebut.
Encik Mohamed Niroze berkata anak guamnya sudahpun membuat aduan terhadap seorang lelaki bernama Mohd Ramlee Ab Samad – orang kedua diberkas berhubung kes yang sama.
eliau juga meminta agar siasatan dijalankan ke atas aduan tersebut.
Pada 5 Oktober lalu, BERITAmediacorp menerima kenyataan polis yang mengesahkan seorang lelaki berusia 58 tahun sudah ditangkap bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pakej HAJI VIP yang membabitkan Fahrorazi.
Lelaki berkenaan merupakan orang kedua yang diketahui ditahan polis berhubung kes tersebut.
Namun hari ini, polis memberitahu BERITAmediacorp bahawa lelaki itu sudahpun dibebaskan.
Polis bagaimanapun tidak dapat memberikan komen lanjut memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.
Semasa sebutan kes tadi, Hakim Goh berkata buat masa ini beliau tidak pasti sama ada terdapat pertuduhan-pertuduhan tambahan ke atas Fahrorazi.
Sekiranya ada pertuduhan-pertuduhan tambahan dalam sesi sebutan akan datang, ini bermakna, jumlah ikat jamin akan dinaikkan dan penjamin perlu maklum tentang pertuduhan-pertuduhan baru itu.
Jumlah ikat jamin Fahrorazi buat masa ini adalah $10,000.
Fahrorazi ditangkap pada 15 Ogos 2018 dan ditahan reman di Divisyen Polis Central sebelum didakwa di mahkamah dua hari selepas itu, iaitu pada 17 Ogos 2018.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Bab 224, iaitu menipu dan dengan cara yang tidak jujur memperdayakan mangsanya supaya menyerahkan (bayaran, harta dan sebagainya).
Menurut kertas pertuduhan, Fahrorazi didakwa menipu Encik Mohammad Farehan Mohamad Hussein dengan memperdaya hingga percaya beliau boleh menunaikan Haji VIP sebagai tetamu istimewa Kedutaan Arab Saudi.
Menurut kertas pertuduhan itu lagi, Fahrorazi melakukan demikian meskipun mengetahui ia tidak benar.
Menurut kenyataan polis sebelum ini juga, wang yang dilaporkan sudah dibayar kepada Fahrorazi bagi pakej HAJI VIP itu berjumlah hampir $100,000.
Selepas seminggu ditahan reman, Fahrorazi dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $10,000.
Sejak itu, sehingga hari ini, tempoh ikat jaminnya terus dilanjutkan.
Sebutan selanjutnya kes Fahrorazi akan diadakan pada 28 November 2018, pukul 9.30 pagi.
2) Setempat Kes ‘Haji VIP’: Fahrorazi bebas dari tuduhan fahrorazi sohoiMahkamah Negarakes haji vip IRMA KAMARUDIN
FAHRORAZI SOHOI PENDAKWAH setempat Fahrorazi Sohoi telah dilepaskan daripada tuduhan melibat kes penipuan ‘Haji VIP’ namun tidak membawa kepada pembebasan sepenuhnya. Ketika dihubungi semalam, peguam Encik Fahrorazi, Encik Mohamed Niroze Idroos daripada firma Niroze Idroos Law, berkata satu persidangan praperbicaraan telah diadakan pada 10 Oktober lalu berhubung kes itu. Kes ‘Haji VIP’: Polis jalankan pemeriksaan forensik ke atas telefon bimbit Fahrorazi Sohoi
3) Encik Fahrorazi Sohoi meninggalkan mahkamah selepas selesai sebutan kes kelima pada SINGAPURA: Polis sedang menjalankan pemeriksaan forensik ke atas sebuah telefon bimbit yang digunakan Fahrorazi Sohoi, atau lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Fahrurazi’ sebelum ini, berhubung kes penipuan ‘Haji VIP’. Ini antara perkembangan yang disebut Hakim Daerah Christopher Goh semasa sebutan kelima kes tersebut di Mahkamah Negara pagi tadi (28 Nov). Pemeriksaan forensik itu biasanya dilakukan bagi mendapatkan maklumat daripada perhubungan seperti rekod panggilan dan SMS yang pernah dilakukan menggunakan alat tersebut. LOG PERBUALAN, KENYATAAN AKAUN BANK SUDAH DISERAHKAN Sebutan kes Fahrorazi di mahkamah berlangsung dengan agak pantas hari ini – sekitar beberapa minit sahaja, sebelum Hakim Goh menangguhkan perbicaraan ke 7 Januari tahun depan. Sebagai sebahagian daripada siasatan, log perbualan yang dicatatkan pada telefon Fahrorazi itu, serta kenyataan akaun bank beliau sudahpun diserahkan kepada pihak polis untuk diperiksa. Peguam bela Fahrorazi, Encik Mohamed Niroze Idroos antara lain meminta agar sebahagian hasil siasatan membabitkan orang kedua yang diberkas sebelum ini bagi siasatan, iaitu Mohd Ramlee Ab Samad, turut dikongsi dengan pihaknya.
Fahrorazi Sohoi, yang kini bebas dengan ikat jamin, ditangkap pada 15 Ogos lalu setelah aduan polis dibuat ke atasnya, berhubung satu kes penipuan membabitkan lebih 80 bakal jemaah haji dan wang sekitar $100,000. DIDAKWA PADA 17 OGOS LALU Fahrorazi ditangkap pada 15 Ogos lalu dan ditahan reman di Divisyen Polis Central sebelum didakwa di mahkamah dua hari kemudian, pada 17 Ogos tahun ini Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Bab 224, iaitu menipu dan dengan cara yang tidak jujur memperdayakan mangsanya supaya menyerahkan (bayaran, harta dan sebagainya). Menurut kertas pertuduhan, Fahrorazi didakwa menipu Encik Mohammad Farehan Mohamad Hussein dengan memperdaya hingga percaya beliau boleh menunaikan Haji VIP sebagai tetamu istimewa Kedutaan Arab Saudi. Kertas pertuduhan itu juga mendedahkan Fahrorazi melakukan demikian meskipun mengetahui ia tidak benar. Wang yang dilaporkan sudah dibayar kepada Fahrorazi bagi pakej ‘Haji VIP’ itu berjumlah hampir $100,000, menurut kenyataan polis sebelum ini. Selepas seminggu ditahan reman, Fahrorazi dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $10,000.
4) Kes ‘Haji VIP’: Polis jalankan pemeriksaan forensik ke atas telefon bimbit Fahrorazi Sohoi
SINGAPURA: Polis sedang menjalankan pemeriksaan forensik ke atas sebuah telefon bimbit yang digunakan Fahrorazi Sohoi, atau lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Fahrurazi’ sebelum ini, berhubung kes penipuan ‘Haji VIP’. Ini antara perkembangan yang disebut Hakim Daerah Christopher Goh semasa sebutan kelima kes tersebut di Mahkamah Negara pagi tadi (28 Nov). Pemeriksaan forensik itu biasanya dilakukan bagi mendapatkan maklumat daripada perhubungan seperti rekod panggilan dan SMS yang pernah dilakukan menggunakan alat tersebut. LOG PERBUALAN, KENYATAAN AKAUN BANK SUDAH DISERAHKAN Sebutan kes Fahrorazi di mahkamah berlangsung dengan agak pantas hari ini – sekitar beberapa minit sahaja, sebelum Hakim Goh menangguhkan perbicaraan ke 7 Januari tahun depan. Sebagai sebahagian daripada siasatan, log perbualan yang dicatatkan pada telefon Fahrorazi itu, serta kenyataan akaun bank beliau sudahpun diserahkan kepada pihak polis untuk diperiksa. Peguam bela Fahrorazi, Encik Mohamed Niroze Idroos antara lain meminta agar sebahagian hasil siasatan membabitkan orang kedua yang diberkas sebelum ini bagi siasatan, iaitu Mohd Ramlee Ab Samad, turut dikongsi dengan pihaknya. Fahrorazi Sohoi, yang kini bebas dengan ikat jamin, ditangkap pada 15 Ogos lalu setelah aduan polis dibuat ke atasnya, berhubung satu kes penipuan membabitkan lebih 80 bakal jemaah haji dan wang sekitar $100,000.
DIDAKWA PADA 17 OGOS LALU Fahrorazi ditangkap pada 15 Ogos lalu dan ditahan reman di Divisyen Polis Central sebelum didakwa di mahkamah dua hari kemudian, pada 17 Ogos tahun ini. Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Bab 224, iaitu menipu dan dengan cara yang tidak jujur memperdayakan mangsanya supaya menyerahkan (bayaran, harta dan sebagainya). Menurut kertas pertuduhan, Fahrorazi didakwa menipu Encik Mohammad Farehan Mohamad Hussein dengan memperdaya hingga percaya beliau boleh menunaikan Haji VIP sebagai tetamu istimewa Kedutaan Arab Saudi. Kertas pertuduhan itu juga mendedahkan Fahrorazi melakukan demikian meskipun mengetahui ia tidak benar. Wang yang dilaporkan sudah dibayar kepada Fahrorazi bagi pakej ‘Haji VIP’ itu berjumlah hampir $100,000, menurut kenyataan polis sebelum ini. Selepas seminggu ditahan reman, Fahrorazi dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $10,000.
5) Tempoh ikat jamin Fahrorazi Sohoi dilanjutkan lagi sehingga
SINGAPURA: Tempoh ikat jamin Fahrorazi Sohoi, atau lebih dikenali ramai sebagai ‘Ustaz Fahrur Razi’, dalam kes penipuan ‘Haji VIP’, kini dilanjutkan lagi sehingga 11 Februari ini. Hakim Daerah Christopher Goh membenarkan demikian semasa Fahrorazi Sohoi muncul lagi di Mahkamah Negara pagi tadi (7 Jan), bagi sebutan kali keenam kes tersebut. LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK BELUM DIKELUARKAN Sebutan kes Encik Fahrorazi berlangsung pada sekitar 10.45 pagi tadi. Bagaimanapun sesi pendengaran kesnya itu berlangsung selama kira-kira lima minit sahaja, dan ia ditangguhkan lagi sehingga 11 Februari kerana pemeriksaan forensik pihak polis ke atas sebuah telefon bimbit Encik Fahrorazi, masih lagi dijalankan. Pemeriksaan forensik tersebut membabitkan log perbualan pada telefon bimbit yang digunakan Fahrorazi dalam kes tersebut. Peguam bela tertuduh, Encik Niroze Idroos hari ini sekali lagi mengutarakan bahawa anak guamnya sudah membuat aduan terhadap orang kedua yang diberkas sebelum ini bagi siasatan, iaitu Mohd Ramlee Ab Samad. Hakim Goh mengesahkan Mohd Ramlee, yang kini bebas dengan ikat jamin, adalah suspek kedua kes tersebut. Dalam sebutan kes pada 28 November lalu, kenyataan akaun bank Encik Fahrorazi sudahpun diserahkan kepada pihak polis sebagai sebahagian daripada siasatan. SINGKAP KES ‘HAJI VIP’ Fahrorazi Sohoi ditangkap pada 15 Ogos tahun lalu setelah aduan polis dibuat ke atasnya, berhubung kes penipuan membabitkan lebih 80 bakal jemaah haji dan wang sekitar $100,000. Beliau ditahan reman di Divisyen Polis Central sebelum didakwa di mahkamah dua hari kemudian, pada 17 Ogos tahun lalu.
Beliau didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Bab 224, iaitu menipu dan dengan cara yang tidak jujur memperdayakan mangsanya supaya menyerahkan (bayaran, harta dan sebagainya). Menurut kertas pertuduhan, Fahrorazi didakwa menipu Encik Mohammad Farehan Mohamad Hussein dengan memperdaya hingga percaya beliau boleh menunaikan Haji VIP sebagai tetamu istimewa Kedutaan Arab Saudi. Kertas pertuduhan itu juga mendedahkan Fahrorazi melakukan demikian meskipun mengetahui ia tidak benar. Fahrorazi kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $10,000, selepas seminggu ditahan reman. – BERITAmediacorp/im
6) Fahrorazi Sohoi mungkin dikenakan tuduhan-tuduhan baru kerana beri ceramah tanpa lesen
SINGAPURA: Encik Fahrorazi Sohoi atau sebelum ini lebih dikenali ramai sebagai ‘Ustaz Fahrur Razi’, yang dikatakan terbabit dalam kes penipuan ‘Haji VIP’, mungkin dikenakan tuduhan-tuduhan tambahan di mahkamah. Ini membabitkan perbuatannya yang dikatakan melakukan ceramah awam tanpa lesen atau kebenaran.
Mahkamah diberitahu tentang perkembangan terbaru itu semasa Encik Fahrorazi muncul bagi sebutan kesnya pagi tadi (11 Feb). Ini kali ketujuh kes penipuan mengenai ‘Haji VIP’ disebut di Mahkamah Negara. BERITAmediacorp cuba mendapatkan perincian lanjut daripada pihak polis tentang tuduhan-tuduhan tambahan yang mungkin dikenakan itu. Namun dalam jawapannya kepada kami, pihak polis menyatakan ia “tidak dapat memberikan maklumat lanjut” kerana kes berkenaan sedang didengar di mahkamah. Yang pasti, nama Encik Fahrorazi tidak lagi tersenarai dalam Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) di laman Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). PEMERIKSAAN FORENSIK TELEFON BIMBIT SUDAH SELESAI Dalam sesi hari ini, Timbalan Pendakwa Raya ASP Shrmani Abdul Hamid mengesahkan bahawa pemeriksaan forensik ke atas telefon bimbit yang digunakan Encik Fahrorazi dalam kes penipuan ‘Haji VIP’ sudahpun selesai dijalankan. Hasil siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) pada 30 Januari, menurut dokumen Mahkamah Negara. Secara keseluruhannya, sebutan kes hari ini berlangsung dengan pantas – sekitar beberapa minit sahaja, sebelum Hakim Daerah Christopher Goh membuat keputusan menangguhkan perbicaraan ke 4 Mac ini. SIASATAN KES SEJAK ENAM BULAN LALU Encik Fahrorazi didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Bab 224. Seksyen tersebut melibatkan kesalahan menipu dan dengan cara yang tidak jujur memperdayakan mangsanya supaya menyerahkan (bayaran, harta dan sebagainya). Siasatan ke atas kes Encik Fahrorazi dijalankan sejak sekitar enam bulan lalu.
Beliau yang kini bebas dengan ikat jamin, ditangkap pada 15 Ogos lalu setelah aduan polis dibuat ke atasnya, berhubung satu kes penipuan membabitkan lebih 80 bakal jemaah haji dan wang sekitar $100,000. Beliau dikatakan memperdaya mangsanya bahawa mereka boleh menunaikan ibadah haji pada harga yang lebih murah, iaitu $1,550 seorang. Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding harga bagi pakej haji biasa antara sekitar S$7,000 dengan S$18,465, tidak termasuk harga tiket kapal terbang dan cukai semasa. Malah, mereka juga dimaklumkan akan menunaikan ibadah haji di bawah kuota rakyat Brunei dan sebagai tetamu kerajaan Arab Saudi. Menurut aduan yang dibuat oleh Encik Mohammad Farehan Mohammad Hussein kepada polis pada Rabu, pakej haji 16 hari yang dijanjikan itu dijadualkan berangkat dari 16 sehingga 31 Ogos tahun lalu, namun ia tidak berlaku. Beliau ditahan reman di Divisyen Polis Central dan wang sebanyak $196,950 turut dirampas, sebelum didakwa di mahkamah dua hari kemudian, pada 17 Ogos tahun ini. LAPORAN BERKAITAN: ‘Haji VIP’: Merungkai kes pakej haji Fahrorazi Sohoi Orang ke-2 ditangkap berhubung kes pakej HAJI VIP, iaitu lelaki 58 tahun – BERITAmediacorp/im

